Projek Bantuan China di Filipina Lancar

2019-12-17 13:53:40  CRI
Share with:

Sepuluh projek bantuan yang dilancarkan China di Filipina telah dilaksanakan dengan jayanya hingga membawa faedah ketara kepada penduduk tempatan.

Duta Besar China ke Filipina, Huang Xilian semalam menyatakan, jumlah dagangan antara China dengan Filipina mencatat USD49.8 bilion (RM206.22 bilion) dalam 10 bulan pertama tahun ini, meningkat 7.2% berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Pelaburan China di negara itu naik 45.7% kepada USD33.4 juta, sementara jumlah pelancong China yang melawat Filipina melebihi 1.5 juta, bertambah 41%. 

China telah mengimport 1.1 juta tan pisang dari Filipina dalam tiga suku tahun pertama, membawa pendapatan USD493 juta kepada negara itu.

Pada masa ini, terdapat lebih 40 syarikat China yang melabur di Filipina, menyediakan 26 ribu peluang kerja secara langsung atau tidak langsung.
 
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) saranan China pula sedang diselaraskan dengan pelan pembinaan infrastruktur "Bina, Bina, Bina" Filipina.

Huang berkata, tahun depan merupakan ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik China-Filipina. Kedua-dua negara sedang merancang pelbagai aktiviti sambutan, daripada lawatan peringkat tinggi kepada kerjasama ekonomi, hinggalah interaksi budaya.

张弘