Singapura Puji Pelaksanaan "Satu Negara, Dua Sistem"

2019-12-20 13:10:29  CRI
Share with:

Kedutaan Besar China di Singapura mengadakan jamuan semalam, sempena ulang tahun ke-20 Makau kembali ke pangkuan tanah air China. 

Tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat tempatan memuji pencapaian Makau dalam pembangunan sosioekonomi sepanjang 20 tahun lalu. Mereka berpendapat kejayaan Makau mustahil dicapai tanpa dasar "satu negara, dua sistem".

Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura, Koh Poh Koon berkata, beliau telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi pesat, peningkatan taraf hidup penduduk serta kestabilan dan keharmonian masyarakat yang berjaya direalisasikan di Makau dalam dua dekad lalu. Beliau turut memuji Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau yang dianggap cukup mengagumkan.

Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Teo Siong Seng berkata, kehidupan penduduk Makau kini semakin baik manakala pembangunan ekonomi tempatan mencapai kemajuan besar di bawah sokongan kerajaan pusat China dalam 20 tahun lalu.

Profesor Zheng Yongnian dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) pula menyatakan kemajuan Makau tidak dapat dipisahkan daripada sokongan kerajaan pusat China dan penyelarasan aktif antara kerajaan tempatan dengan kerajaan pusat.

梁靓