Negara Lancang-Mekong Perkasa Kerjasama Sumber Air

2019-12-20 14:37:45  CRI
Share with:

Mesyuarat Peringkat Menteri Kerjasama Sumber Air Lancang-Mekong diadakan di Beijing baru-baru ini.

Dalam mesyuarat itu, enam negara di lembangan sungai Lancang-Mekong iaitu China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam bersepakat untuk memperkasakan dialog dan kerjasama serta saling berkongsi pengalaman dalam kerjasama sumber air. 

Menteri Sumber Air China, E Jingping berkata, keenam-enam negara menghadapi cabaran sama daripada bencana banjir dan kemarau hinggalah kerosakan ekologi sungai dan pencemaran air. Oleh itu, negara-negara terbabit disarankan berkongsi peluang dan tanggungjawab bagi menjana pembangunan dan mengekalkan rundingan secara sama rata demi keuntungan bersama.

张哲