China, Kemboja Bina Loji Sihanoukville

2019-12-20 14:36:11  CRI
Share with:

Upacara pecah tanah Loji Janakuasa Elektrik Batu Arang Sihanoukville diadakan baru-baru ini.

Loji tersebut merupakan usaha sama Syarikat Huadian China Cawangan Hong Kong dengan Kumpulan Pelaburan dan Pembangunan Antarabangsa Kemboja. 

Sebagai salah sebuah projek penting di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), fasiliti berkenaan mampu membantu mengatasi masalah bekalan elektrik di Kemboja, sekali gus menjana sosioekonomi tempatan. 

Penolong Perdana Menteri Kemboja yang juga Ketua Pengarah Syarikat Tenaga Elektrik Kemboja, Keo Rottanak dalam ucapannya pada upacara itu berkata, penglibatan syarikat China dalam projek terbabit membuka lembaran baharu dalam pembangunan tenaga di Kemboja, di samping memperlihatkan kerjasama dua hala yang semakin kukuh.


 

张哲