Jambatan Temburong Siap Dibina

2020-01-02 14:30:51  CRI
Share with:

Segmen CC4 Jambatan Temburong, Brunei yang dibina oleh Syarikat Pembinaan dan Kejuruteraan China (CSCEC) telah pun siap.

Kerajaan Brunei dijangka akan mengumumkan pembukaan rasmi jambatan rentas laut itu tidak lama lagi.

Segmen CC4 jambatan tersebut berjarak 12 kilometer, yang melintasi kawasan hutan asli dan paya dengan menggunakan jejambat pasang siap sepanjang 11.6 kilometer. Segmen itu dikatakan yang paling rumit dalam jambatan berkenaan. 

Jambatan Temburong yang panjang keseluruhannya kira-kira 30 kilometer, merupakan projek prasarana pengangkutan berskala paling besar di Brunei, yang juga akan menjadi satu mercu tanda baharu negara itu.
 

徐国玮