Kemboja Haramkan Judi dalam Talian

2020-01-02 14:37:50  CRI
Share with:

Kemboja telah mengharamkan kegiatan judi dalam talian bermula 1 Januari 2020.

Kasino berlesen di seluruh negara itu tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan judi dalam talian, dan mana-mana pihak yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang.

Perintah larangan berkenaan ditandatangani Perdana Menteri Hun Sen pada 30 Disember lalu, sebagai usaha untuk meningkatkan reputasi negara dan menghapuskan gejala sosial yang negatif.

Dimaklumkan, industri perjudian Kemboja meledak pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pada suku pertama tahun lepas sahaja, Kementerian Ekonomi dan Kewangan telah mengeluarkan sebanyak 169 lesen kasino.

徐国玮