6 Masih Terperangkap Bangunan Runtuh di Kemboja

2020-01-05 15:16:29  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125422105_15781246952411n

图片默认标题_fororder_1125422105_15781246952711n

Menurut jurucakap kerajaan provinsi Kep, Kemboja, sebuah bangunan runtuh di provinsi itu petang kelmarin dan mengakibatkan 7 orang maut, manakala 18 lagi cedera. Menurut orang yang terselamat, sekurang-kurangnya 6 orang masih terperangkap. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan.

Kemalangan ini berlaku ketika buruh binaan sedang bekerja. Kira-kira 20 hingga 30 orang terperangkap. Ahli bomba, polis dan warga perubatan segera dikejarkan ke tempat kejadian untuk menjalakan SAR.

Pemilik bangunan itu warga Kemboja dan telah ditahan. Siasatan tentang punca kejadian sedang dijalankan.

覃淼