China, Laos Perbanyak Peluang Niaga

2020-01-07 14:43:44  CRI
Share with:
Persidangan kerjasama  industri dan perniagaan melibatkan China dan Laos diadakan di Beijing semalam.

Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN, Xu Ningning yang turut hadir berkata China kini sumber pelaburan dan pasaran eksport terbesar serta rakan dagang kedua terbesar bagi Laos. 

Pada Januari hingga November tahun lepas, jumlah perdagangan antara China dan Laos merekodkan pertumbuhan pada kadar 17.4% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
 
Pada masa sama, Laos negara   Jalur dan Laluan yang kedua paling banyak menerima pelaburan langsung bukan kewangan dari syarikat China.

Selain hubungan ekonomi dan perdagangan, interaksi antara rakyat kedua-dua negara juga semakin erat.

Xu berpendapat kerjasama China dan Laos khususnya dalam pembinaan infrastruktur, pertanian, pelancongan dan logistik masih mempunyai ruang besar untuk diteroka.
梁靓