Drama "Ode to Joy" Disiarkan di Myanmar

2020-01-16 10:58:45  CRI
Share with:

Sesi bertemu penonton drama bersiri China "Ode to Joy" diadakan di Yangon semalam. Sambutan hangat daripada khalayak ramai menambah kepada populariti drama televisyen yang sedang disiarkan Stesen Televisyen Negara Myanmar itu.

Siri "Ode to Joy" dan "Perjuangan" yang dialih suara kepada bahasa Myanmar, menceritakan kegigihan pemuda China yang berjuang demi cita-cita sendiri. Semangat perjuangan tidak mengenal sempadan, dan kisah-kisah seumpama menjadi inspirasi kepada belia tempatan.

Tayangan drama bersiri China di Myanmar bukan sahaja mempamerkan semangat rakyat dan kepesatan pembangunan masyarakat China, malah memperlihatkan taraf pengeluaran berkualiti, yang turut menjadi jendela untuk penonton Myanmar mengenali China, sekali gus merancakkan pertukaran budaya dan interaksi sesama rakyat kedua-dua negara.

高蕾