Duterte Putus Kontak dengan AS

2020-01-30 13:51:10  CRI
Share with:


Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah memutuskan perhubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan melarang anggota kabinetnya menghadiri sebarang aktiviti rasmi di negara itu.

Beliau mengumumkan keputusan itu semasa aktiviti peringatan ulang tahun Ke-69 Kementerian Kebajikan Sosial dan Pembangunan Filipina di Manila semalam.

Katanya, keputusan tersebut dibuat kerana beberapa pegawai Filipina termasuk dirinya sendiri telah diberi "layanan yang menghina" oleh sesetengah senator AS.

Beliau tidak akan hadir ataupun menghantar wakil ke sidang kemuncak pemimpin ASEAN-AS di Las Vegas pada Mac nanti.

Duterte juga telah menamatkan perjanjian pertukaran lawatan pasukan tentera yang ditandatangani dengan AS pada 1998.

张宪