Indonesia merekodkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.02% sepanjang tahun lepas, menurut data yang diumumkan Badan Pusat Statistik (BPS) negara itu semalam.
Ketua BPS, Suhariyanto menyatakan kadar itu lebih rendah daripada 5.17% yang dicatat pada tahun sebelumnya, disebabkan faktor-faktor seperti ketegangan situasi perdagangan global, pertumbuhan lembab di beberapa entiti ekonomi utama dan pergolakan harga komoditi pukal.
Kerajaan Indonesia menjangkakan pertumbuhan sebanyak 5.3% pada tahun ini.
Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo semalam menyatakan, pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan jabatan-jabatan lain untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dengan pelbagai alat termasuk dasar monetari.