Filipina Tamatkan VFA dengan AS

2020-02-19 13:07:38  CRI
Share with:

Filipina baru-baru ini menamatkan Perjanjian Pasukan Pelawat (VFA) dengan Amerika Syarikat (AS), keputusan yang bermakna dua negara itu tidak lagi akan mengadakan latihan ketenteraan bersama. 

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang menyatakan setiap negara berhak untuk mengamalkan dasar luar yang bebas dan mengembangkannya mengikut kepentingan sendiri. China berpendirian bahawa interaksi dan kerjasama antara negara bukan sahaja harus bermanfaat kepada negara-negara terlibat, tetapi juga keamanan dan kestabilan seluruh rantau dan dunia. 

Ditanya sama ada keputusan Filipina itu membawa kesan kepada isu Laut China Selatan, Geng mengulas bahawa situasi di perairan berkenaan kekal stabil pada keseluruhannya, hasil usaha bersama China dan negara-negara ASEAN. China bersedia bersama-sama semua negara yang berkaitan, membangunkan Laut China Selatan sebagai perairan yang dilimpahi dengan keamanan, persahabatan dan kerjasama.

王瑾