Brunei Kesan Kes Pertama COVID-19

2020-03-10 12:56:04  CRI
Share with:


Kementerian Kesihatan Brunei semalam mengumumkan kes jangkitan pertama wabak koronavirus baharu (COVID-19) di negara itu. 

Menurut kementerian tersebut, seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun didapati positif virus berkenaan selepas menjalani ujian awal. Pesakit tersebut pulang ke Brunei pada 3 Mac dari Kuala Lumpur, Malaysia dan mula merasa kurang sihat, sakit badan, demam panas, batuk dan selesema pada 7 Mac. 

Lelaki berkenaan ini menjalani rawatan di hospital. Pihak berkuasa telah bertindak segera dengan mengesan dan menghubungi kesemua kontak termasuk ahli keluarga pesakit dan tiga orang rakan yang ikut serta dalam perjalanan bersama pesakit tersebut. 

王瑾