Filipina Isytihar Kecemasan Kesihatan

2020-03-10 12:47:03  CRI
Share with:

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam menandatangani dekri, mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam di seluruh negara susulan penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19) di negara itu. 

Beliau menyatakan, wabak tersebut telah mengancam keselamatan negara, dan memerlukan usaha bersama seluruh masyarakat bagi menanganinya. 

Duterte menggesa semua jabatan dan agensi kerajaan di serata negara menyediakan segala sumber yang diperlukan dan bekerjasama untuk mengambil langkah respons yang sesuai bagi mengurangkan dan menghapuskan risiko penularan epidemik berkenaan. 

Sesetengah badan kerajaan telah pun mengambil langkah pencegahan, seperti Jabatan Buruh dan Pekerjaan yang menyarankan majikan melaksanakan waktu kerja fleksibel dan membenarkan pekerja bekerja dari rumah, bagi mengelakkan orang ramai berhimpun di pejabat. Sesetengah bandar di kawasan Metro Manila telah menutup sekolah buat sementara waktu bermula semalam, dan mengarahkan kerja-kerja penyahjangkitan dijalankan secara menyeluruh. 

Setakat ini, sebanyak 10 kes COVID-19 dilaporkan di negara itu, antaranya seorang meninggal dunia sementara dua lagi sembuh. 

王瑾