Perangi COVID-19 dengan Kerjasama, Perpaduan

2020-03-17 11:18:53  CRI
Share with:

Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian menerbitkan rencana bertajuk “Perangi COVID-19 dengan Kerjasama, Perpaduan” di media Malaysia baru-baru ini.

Beliau menyatakan perjuangan memerangi wabak ini sudah menjadi usaha global, bukan sahaja di China.

Namun, suara bising sentiasa terdengar ketika China giat menangani wabak COVID-19. Sesetengah media Barat menamakannya ‘virus China’ atau ‘pneumonia Wuhan’. Ahli politik Amerika Syarikat (AS) yang anti-China menyebar berita palsu COVID-19 senjata biokimia makmal Wuhan.

Tidak kira dari mana asalnya, semua negara ialah mangsa COVID-19. Seramai 27 ahli sains global, termasuk pakar perubatan kesihatan awam Malaysia, Prof Datuk Dr Lam Sai Kit, menandatangani kenyataan bersama mengutuk teori konspirasi kononnya koronavirus buatan manusia.

Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia memberikan bantuan kepada China dengan cara tersendiri seperti menderma duit atau barang, mencipta lagu serta video untuk memberi semangat.

China berkongsi rancangan pencegahan dan pengawalan jangkitan COVID-19 dengan semua termasuk WHO, menghantar pasukan pakar perubatan, bahan perubatan serta reagen pengesanan virus ke negara terjejas termasuk Iran, Korea Selatan dan Itali.

COVID-19 ialah musuh segala manusia yang sudah terjalin sebagai satu komuniti berkongsi masa depan. Hanya dengan kerjasama dan perpaduan, baru kita mampu memeranginya.

Kita harus mengalahkan kejahilan dengan sains, menghapuskan prasangka dengan kerjasama dan membina bendungan global untuk menghalang COVID-19.

(Sumber dari Berita Harian)

Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/665699/perangi-covid-19-dengan-kerjasama-perpaduan

张弘