COVID-19: China, Malaysia Ganding Bahu

2020-03-19 12:01:02  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg (10)

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya semalam.

Beliau menyampaikan salam daripada Presiden Xi Jinping serta surat tahniah Perdana Menteri Li Keqiang kepada Tan Sri Muhyiddin yang baru dilantik sebagai perdana menteri Malaysia.

Katanya, pemimpin China yakin di bawah pimpinan beliau, Malaysia akan mengecap kemakmuran dan menyaksikan hubungan persahabatan dengan China bertambah erat.

China bersedia bekerjasama dan menghulurkan bantuan sedapat mungkin kepada Malaysia baik dari segi program diagnosis dan rawatan mahupun sokongan teknikal dan alat perubatan, untuk menangani penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Bai Tian berkata, kedutaan China akan menyediakan barang bantuan kumpulan pertama yang termasuk 3,500 set reagen pengesanan virus, 5,000 penutup mulut dan hidung, serta 10,000 pelitup perubatan.

Tan Sri Muhyiddin menzahirkan hasrat untuk melawat China seawal mungkin selepas wabak berkenaan diatasi.

Beliau memberi penghargaan atas perjuangan gigih China yang berjaya membendung penularan wabak tersebut dalam tempoh dua bulan sahaja. Beliau menyarankan kedua-dua negara memperkasakan interaksi dan kerjasama dalam usaha melawan wabak.

张弘