Bantuan China Tiba di Myanmar

2020-03-27 12:28:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_md2

Barang-barang bantuan yang disumbangkan China untuk menyokong usaha Myanmar melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19) tiba di Yangon malam semalam.

Bahan-bahan yang termasuk sut pelindung dan pelitup mulut, diserahkan oleh Duta Besar China, Chen Hai kepada pegawai Kementerian Kesihatan dan Sukan Myanmar di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon.

Chen Hai menyatakan rakyat Myanmar telah menyumbangkan beras dan barang-barang lain kepada China setelah tercetusnya wabak COVID-19. Kedua-dua negara kini perlu bahu-membahu dan bersama-sama mengharungi kesukaran.

图片默认标题_fororder_md

Beliau percaya, barang-barang bantuan dari China ini akan banyak membantu perjuangan Myanmar melawan wabak.

Kit ujian dan pelitup muka yang disumbangkan oleh China sebelum ini telah pun digunakan di Myanmar. Pihak kedutaan sedang mengatur supaya kumpulan pakar dapat dihantar dari China untuk membantu kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak di Myanmar. 

Pengarah penyelidikan perubatan Kementerian Kesihatan dan Sukan Myanmar, Zaw Than Tun pula menyatakan usaha pencegahan amat mustahak kerana belum ada ubat yang berkesan untuk COVID-19. Dalam aspek ini, pengalaman China wajar diteladani.

高蕾