Kumpulan Pakar China Tiba di Laos

2020-03-30 12:53:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125784857_15854776815811n

 

Kumpulan pakar perubatan China tiba di Vientiane semalam, membawa bahan-bahan perubatan bagi membantu Laos mengatasi wabak COVID-19.

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Laos, Somdi Duangdi menyambut kedatangan kumpulan berkenaan di lapangan terbang antarabangsa Vientiane, sambil menzahirkan ucapan terima kasih atas bantuan daripada pihak China.

Beliau berkata, hanya lima hari selepas kes pertama COVID-19 dikesan di Laos, China sudah pun menghantar kumpulan pakar. Ini mencerminkan betapa dalamnya persahabatan rakyat China dengan Laos.

 

图片默认标题_fororder_1125784857_15854776816661n

 

Difahamkan, kumpulan pakar yang terdiri daripada 12 anggota dari provinsi Yunnan akan berkongsi pengalaman termasuk diagnosis dan rawatan.

Duta Besar China ke Laos, Jiang Zaidong berkata penghantaran kumpulan tersebut benar-benar memperlihatkan semangat komuniti berkongsi nasib saranan Presiden Xi Jinping iaitu “menjaga saudara dan melindungi jiran”.

王瑾