China, Vietnam Gabung Tenaga Atasi COVID-19

2020-04-03 10:55:42  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah berbual-bual dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc melalui telefon semalam. 

Li berkata, wabak COVID-19 sedang menular di seluruh dunia termasuk Asia Tenggara. China dan Vietnam harus bekerjasama rapat dengan negara-negara lain di rantau ini, sambil menyelaraskan tindakan serta memperkasakan perkongsian pengalaman dan kolaborasi untuk membendung wabak ini. 

Ketika wabak baru sahaja tercetus di China, Vietnam telah menyampaikan rasa simpati dan menghulurkan barang bantuan kepada negara ini. Sekarang, China komited untuk menyediakan segala bantuan dan sokongan yang perlu kepada Vietnam. 

Nguyen Xuan Phuc pula berkata, pihaknya menyanjung tinggi kejayaan China mengatasi wabak COVID-19 dan mengucapkan terima kasih atas bantuan dan sokongan daripada China. 

Katanya, Vietnam bersedia berkongsi pengalaman melawan wabak dan mahu beransur-ansur memulihkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang. Vietnam komited untuk bersama-sama semua pihak terlibat memelihara keselamatan kesihatan serantau serta menggalakkan hubungan antara ASEAN dengan China terus berkembang maju. 

王瑾