Xi, Jokowi Hubung Melalui Telefon

2020-04-03 13:15:20  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo melalui telefon semalam. 

Xi berkata, wabak COVID-19 sedang menular di serata dunia termasuk Indonesia. Beliau mewakili kerajaan China menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada kerajaan dan rakyat Indonesia. Rakyat China yang baru keluar dari kesukaran yang amat berat selepas berusaha dengan bertungkus-lumus, sudi menghulurkan sokongan dan bantuan kepada Indonesia untuk bersama-sama mengatasi kesulitan ini. 

Beliau menegaskan, pandemik ini merupakan cabaran bersama buat umat manusia, yang memerlukan perpaduan masyarakat antarabangsa. China dan Indonesia harus meningkatkan kerjasama, sambil menggalakkan kumpulan 20 (G20) dan masyarakat antarabangsa memainkan peranan masing-masing ketika menangani krisis antarabangsa dan tadbir urus ekonomi global. China akan berpegang kepada konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, menyediakan bantuan semampu boleh, dan bersama-sama negara lain memajukan kesihatan awam sedunia. 

Jokowi pula berkata, pengalaman China melawan wabak COVID-19 amat berharga. Indonesia mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas bantuan berupa bahan-bahan perubatan daripada China, dan bersedia melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi. 

王瑾