Pengorbanan Rakyat China Tidak Patut Difitnah

2020-04-05 13:18:51  CRI
Share with:

Hari Qingming yang jatuh pada 4 April lalu merupakan satu pesta tradisional di China. Sambutan pesta itu sungguh bermakna dengan aktiviti berkabung yang diadakan di seluruh negara, bagi memperingati jasa mereka yang bergadai nyawa dalam perjuangan melawan wabak COVID-19 serta mangsa yang maut. Ini julung-julung kalinya aktiviti berkabung diadakan di seluruh negara kerana kecemasan kesihatan awam, dan perkara ini memaparkan penghormatan kepada nyawa dan semangat mengutamakan rakyat.
Menurut statistik,lebih 3,000 rakyat China terkorban kerana wabak COVID-19.
Berdasarkan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), langkah-langkah yang diambil di China untuk mengawal perjalanan penduduk telah memperlahankan penularan wabak COVID-19 di luar China selama dua hingga tiga minggu. Di belakang ini ialah pengorbanan dan sumbangan seluruh rakyat China.
Baru-baru ini, Naib Presiden Amerika Syarikat(AS),Mike Pence semasa menerima wawancara CNN, menyalahkan China dengan kerajaannya yang bertindak lambat menangani wabak. Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo cuba menggunakan ungkapan “virus Wuhan” dalam kenyataan menteri Kumpulan 7 secara tidak berasas, mengecam China menyebarkan maklumat yang palsu.
Kata-kata bohong pasti akan dibongkar. Pengarah program kecemasan WHO, Michael J. Ryan telah menyangkal kutukan terhadap “ketidaktelusan” maklumat China. Pertubuhan pengawasan media AS, FAIR, menerbitkan artikel memetik tesis oleh pakar perubatan WHO dan beberapa majalah sains bahawa tuduhan “China membuat-buatstatistik” adalah konspirasi.
Difahamkan, lebih 90 sarjana dan bekas pegawai kerajaan AS bersama-sama mengeluarkan surat terbuka, menyeru China dan AS meningkatkan kerjasama dan bersama-sama melawan wabak.
Pada hakikatnya, China telah menghulurkan bantuan kecemasan kepada lebih 80 negara dan wilayah dan menghantar kumpulan pakar perubatan ke pelbagai negara. Pengalaman China melawan wabak telah dikongsi dengan lebih 180 negara dan lebih 10 pertubuhan antarabangsa dan serantau.

曹捷