Tidak Masuk Akal Tuntut Pampasan

2020-04-08 14:08:10  CRI
Share with:
Tidak masuk akal bagi sesetengah pihak menuntut mana-mana negara memberi pampasan atas penularan suatu wabak penyakit.

Baru-baru ini, kumpulan pemikir Henry Jackson Society yang beribu pejabat di London mendakwa China "menyembunyikan maklumat wabak COVID-19 dan bertanggungjawab atas pemerebakan wabak”, bahkan menuntut China memberi pampasan.

Tiada lojiknya tuntutan ini, kerana ternyata China sanggup membuat pengorbanan besar untuk membina benteng pertahanan pertama bagi mencegah penularan COVID-19 di dunia, sehingga berjaya mencipta peluang yang cukup berharga untuk kerja-kerja kawalan wabak di negara lain. 

Selain melaporkan perkembangan situasi tepat pada masanya, China juga berkongsi pengalaman secara menyeluruh dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan masyarakat antarabangsa dalam usaha pencegahan dan program rawatan. Inisiatif China tersebut diiktiraf dan sangat dihargai masyarakat antarabangsa sebagai teladan dalam perjuangan mengatasi COVID-19. 

Tuntutan kumpulan pemikir Barat tersebut bukan sahaja tidak masuk akal, malah tidak bermoral. Di depan epidemik ini, seluruh umat manusia menjadi mangsa. Dalam sejarah, tiada mana-mana negara dan bangsa yang dituntut memberi pampasan atas kejadian kesihatan awam kerana tuntutan seumpama akan menghasut rasa dendam terhadap kelompok tertentu. Ini sudah tentu akan mengundang tragedi dalam sejarah manusia.

Demi menyembunyikan kelalaian pihak berkuasa melawan wabak, ada politikus sayap kanan di Britain kini sibuk mencari “kambing hitam”. Persepsi mereka yang berbaur rasisme serta niat untuk mengambinghitamkan pihak lain membawa gangguan yang semakin besar kepada perjuangan masyarakat antarabangsa ketika ini. 
张弘