Jelas Terpapar Sikap Pentingkan Diri

2020-04-09 15:40:36  CRI
Share with:

Jelas terpapar sikap mementingkan diri apabila sebuah negara sanggup memintas bekalan perubatan milik negara lain.

Sejak tercetusnya wabak COVID-19, AS kerap kali dilaporkan menyekat bahan-bahan keperluan perubatan termasuk pelitup muka milik negara lain, termasuk sekutunya sendiri.

Lebih teruk lagi, Washington menguatkuasakan pula Akta Pengeluaran Pertahanan, suatu peruntukan undang-undang dari zaman Perang Korea (1950-an), untuk menghalang pengeksportan barangan perubatan ke negara lain.

Dari benua Eropah hinggalah Amerika Latin, satu demi satu negara sekutu AS bersungut tentang perbuatannya yang bagaikan menjarah sumber perubatan dunia, sama ada dengan menaikkan harga atau pun menahan terus aliran produk berkenaan.

Pencegahan dan kawalan wabak boleh dikatakan ibarat sebuah cermin, memaparkan wajah sesetengah politikus AS yang hanya mementingkan diri sendiri, malahan menyingkap erti sebenar dasar “utamakan AS” iaitu order antarabangsa dan sekutu-sekutu semuanya mesti tunduk kepada kepentingan AS.

Padahal, hubungan AS dengan sekutu di Eropah sudah terjejas sejak sekian lama ekoran perbuatannya sendiri seperti memaksa anggota NATO menambah belanjawan ketenteraan, mengenakan sekatan terhadap program kerjasama tenaga antara Eropah dengan Rusia, serta dasar perlindungan perdagangan yang menjadi amalannya.

Justeru akhbar The Guardian Britain dalam artikelnya menyifatkan hubungan semasa AS-Eropah dalam banyak segi, tidak pernah lebih jauh renggangnya sejak 1941.

张弘