Di Manakah Perikemanusiaan?

2020-04-13 14:27:56  CRI
Share with:

Kadar kematian akibat wabak koronavirus baharu (COVID-19) di Iran didapati lebih tinggi daripada purata global, dengan mencatatkan 70,029 kes jangkitan manakala angka korban mencecah 4,357 orang. Menurut pegawai Kementerian Kesihatan negara itu, kekurangan kelengkapan perubatan ekoran sekatan Amerika Syarikat (AS) merupakan penyebab utama yang menyumbang kepada pertambahan kematian.

Tatkala Iran bergelut dengan pandemik COVID-19 ketika ini, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo tetap berdegil mengatakan sekatan terhadap Iran takkan dibatalkan. Perbuatan ini bukan sahaja melemahkan usaha rakyat Iran untuk melawan COVID-19, bahkan juga menjejaskan perjuangan membendung penularan pandemik di peringkat global.

Pompeo bersikap sambil lewa terhadap seruan masyarakat antarabangsa yang mendesak supaya sekatan ke atas Iran dibatalkan, sebaliknya berhujah secara licik dengan alasan “tiada sebarang sekatan yang boleh menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan, peralatan hospital dan ubat-ubatan ke Iran”. Namun, menurut laporan sebuah organisasi hak asasi manusia, sekatan berkenaan telah menghalang kegiatan perniagaan dan kewangan antara bank antarabangsa dengan syarikat Iran, termasuk aktiviti bersifat kemanusiaan.

Takut penipuannya didedahkan, Jabatan Negara AS segera mengumumkan satu senarai mengenai komplot Iran berhubung pembatalan sekatan menerusi laman sesawangnya akhir-akhir ini, dengan mendakwa tuntutan Tehran bukanlah untuk kesihatan rakyat, sebaliknya membiayai kegiatan keganasan.

Akhbar The Washington Post mencela Mike Pompeo menjadikan pandemik ini sebagai modus operandi untuk mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap Tehran. Manakala New York Times mengkritik sesetengah politikus AS menjadikan wabak berkenaan peluang untuk menggulingkan pemerintahan Iran.

Pompeo pernah kerap lagi “berjanji” menghulurkan tangan membantu kepada negara-negara lain untuk melawan COVID-19. Namun, setakat ini, bantuan berkenaan tidak pernah diberi seperti yang dijanjikan. Janji mulut yang dibuatnya memperlihatkan, politikus adalah perosak usaha sama memerangi COVID-19 di peringkat global, juga pembuli yang hanya mengejar hegemoni.

高蕾