Hubungan Indonesia, China Nampak Trend Positif

2020-04-13 13:46:50  CRI
Share with:

Indonesia dan China pasti akan menyaksikan perkembangan lebih besar dalam hubungan bilateral, kata Duta Besar Indonesia Djauhari Oratmangun sempena ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik yang jatuhnya pada hari ini.

Dimaklumkan, China menanam pelaburan berjumlah USD4.7 bilion (RM20.3 bilion) di Indonesia pada tahun lepas, melonjakkan kedudukannya kepada sumber modal asing kedua terbesar daripada kesembilan pada 2015. Perdagangan dua hala pada Januari hingga November tahun lalu turut mencipta rekod baharu dengan jumlah yang mencatat USD72.4 bilion (RM312.6 bilion). Selaku rakan dagang terbesar bagi Indonesia, China mengekalkan kedudukannya selama lapan tahun berturut-turut, dengan purata pertumbuhan tahunan pada kadar 18%.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Presiden Xi Jinping dan Presiden Jokowi telah mencapai persepakatan untuk menyelaraskan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Visi Fulkrum Maritim Global Indonesia.

Bagaimanapun, pertukaran sosiobudaya tetap dilihat sebagai asas perkembangan hubungan kedua-dua negara.

高蕾