Tiga Kesilapan Tak Dapat Ditutup

2020-04-14 15:08:51  CRI
Share with:

Semakin teruk situasi wabak di AS, semakin teruk pula politikusnya memburuk-burukkan nama China.

Daripada menuduh China menyembunyikan situasi, lalu bertanggungjawab atas penularan virus COVID-19 di dunia, kelakuan mereka menjadi-jadi hinggakan hendak menghasut kumpulan tertentu menuntut “pampasan” dari negara ini.

Yang diperlukan ketika memerangi wabak bukannya maklumat palsu, tetapi kerasionalan dalam aspek sains. Laman web politik AS, The Daily Beast kelmarin menyatakan Washington sedang secara agresif melaksanakan satu strategi pilihan raya baharu yang mahu menjadikan China watak “penjahat” yang mencetuskan pandemik.

Biar apa pun strategi diamalkan, tiada yang dapat memperdaya masyarakat antarabangsa atau menutup tiga kesilapan Washington dalam perjuangan sendiri melawan wabak.

Kesilapan pertama, kejahilan dan keangkuhan mengakibatkan respons tertangguh, sehingga terbazirnya masa hampir dua bulan pada fasa awal pemerebakan COVID-19.

Perselisihan dalaman pula kesilapan kedua, yang mengalih tumpuan pihak-pihak terlibat daripada usaha membendung wabak dan menyelamatkan nyawa.

Lebih teruk lagi, dasar “utamakan Amerika” yang bukan sahaja merosakkan kerjasama menangani wabak, malah membahayakan kesihatan rakyat.

Melihatkan pendekatan Washington pada detik sukar ini, jelaslah bukan nyawa rakyat yang menjadi fokus pemimpin, dan terjawablah tanda tanya mengapa respons mereka begitu kucar-kacir.

高蕾