COVID-19: ASEAN+3 Atur Mesyuarat Khas

2020-04-14 12:05:48  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri mesyuarat khas berhubung wabak koronavirus baharu (COVID-19) di bawah mekanisme ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3).

Maklum jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing semalam, acara yang dijadualkan berlangsung secara telesidang itu akan dipengerusikan oleh Vietnam, pengerusi bergilir ASEAN tahun ini.

China, Jepun dan Korea Selatan jiran baik bagi ASEAN, yang berkongsi nasib dan saling menyokong untuk mengatasi wabak COVID-19.

Zhao Lijian berkata, mesyuarat kali ini amat penting sebagai tindakan bersama negara-negara di Asia Timur untuk memerangi wabak setelah sidang kemuncak khas pemimpin G20. Ini memperlihatkan tekad dan kesediaan negara Asia Timur dalam melawan wabak di samping melindungi pertumbuhan ekonomi serantau.

高蕾