Atasi Wabak, Bersama Membangun

2020-04-14 13:36:21  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Khas ASEAN Campur Tiga diyakini mampu memberikan dorongan kepada negara-negara serantau dalam perjuangan melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19), sekali gus meningkatkan keupayaan semua pihak untuk menangani kecemasan.

Harapan itu diluahkan Duta Besar China ke ASEAN, Deng Xijun ketika ditemu ramah Agensi Berita Xinhua menjelang Sidang Kemuncak Khas ASEAN Campur Tiga mengenai COVID-19 yang dijadualkan hari ini.

Mengulas prestasi kerjasama, Deng berkata keadaan ekonomi global merosot sejak kebelakangan ini berikutan penularan COVID-19 telah mengganggu aktiviti perdagangan di peringkat serantau. China bersedia meningkatkan kerjasama dengan semua pihak dan menghulurkan bantuan seboleh mungkin kepada negara-negara jiran dalam perjuangan menghapuskan COVID-19. Selain itu, China juga aktif terlibat dalam menyelaraskan Inisiatif Jalur dan Laluan dengan pelan pembangunan serantau.

Tambah Deng, tahun ini merupakan Tahun Kerjasama Ekonomi Digital China-ASEAN. Bidang-bidang baharu seperti 5G dan kecerdasan buatan (AI) pasti menyediakan peluang kerjasama kepada China, Jepun, Republik Korea dan ASEAN.

高蕾