Tiada Asas Vietnam Tuntut Kedaulatan

2020-04-15 13:58:10  CRI
Share with:

Tuntutan Vietnam ke atas Kepulauan Xisha dan Kepulauan Nansha yang merupakan sebahagian wilayah China telah disifatkan sebagai tidak sah.

Demikian pendirian negara ini, seperti yang ditegaskan menerusi jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam sidang media di Beijing semalam.

Terdahulu, misi tetap Vietnam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengirim memo yang menolak kedaulatan China serta mengulang tuntutan hak milik sendiri terhadap dua gugusan pulau itu.

Sehubungan dengan hal ini, Zhao mengecam tindakan Vietnam tersebut yang disifatkan tidak sah kerana bertentangan dengan Piagam PBB dan Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS).

高蕾