
Sidang kemuncak khas ASEAN berhubung wabak COVID-19 diadakan pagi semalam secara atas talian.
Sidang tersebut dipengerusikan oleh Vietnam, pengerusi bergilir ASEAN tahun ini.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyatakan para anggota mesti bekerjasama sekiranya ingin mengatasi wabak COVID-19 dengan secepat mungkin.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pula menyatakan negara-negara ASEAN perlu berkongsi maklumat terkini tentang situasi wabak di negara masing-masing. Beliau mencadangkan supaya kegiatan perdagangan sesama anggota dikekalkan, begitu juga urusan seumpama dengan rakan-rakan dagang lain yang perlu dijamin kelancarannya. Satu garis panduan bersama hendaklah disusun bagi merungkai isu-isu berhubung pelancongan dan sekatan perdagangan.
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha menyesorkan penubuhan sebuah tabung untuk membeli perkakasan perubatan serta vaksin, di samping membolehkan pengangkutan dan logistik sesama negara ASEAN berjalan lancar. Katanya, para anggota digalakkan memajukan sektor ekonomi digital, yang akan mempermudah perdagangan antarabangsa.
