Duterte: AS Cetus Masalah di Filipina

2020-04-15 14:02:11  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_duter

Ekoran impak wabak COVID-19, kerajaan Filipina perlu memberi subsidi kepada 18 juta keluarga berpendapatan rendah.

Presiden Rodrigo Duterte kelmarin menyatakan, keadaan ini telah memberi tekanan kepada bajet kerajaan.

Dalam perutusan negara yang disampaikan menerusi televisyen selepas bermesyuarat dengan kumpulan kerja kerajaan, Duterte turut mendakwa Filipina bukan sahaja perlu menghadapi kesukaran tersebut, tetapi juga “masalah-masalah” yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat (AS).

Melihatkan penularan wabak di dalam negeri serta kekangan yang dialami dari segi kakitangan perubatan, Washington telah bertindak menawarkan visa segera kepada bakat yang berkelayakan dalam bidang kejururawatan dari mana-mana negara, supaya mereka ini dapat membaktikan diri ke AS secepat mungkin.

Tawaran gaji yang lebih tinggi di seberang laut menjadikannya peluang yang sukar ditolak oleh anggota perubatan Filipina.

Namun begitu, Duterte merayu kepada semua kakitangan sektor berkenaan supaya tidak meninggalkan tanah air, yang juga sedang bergelut dengan epidemik berkenaan.

Pada 10 April, kerajaan Filipina menguatkuasakan larangan perjalanan sementara terhadap semua jururawat, ahli mikrobiologi dan pekerja kesihatan lain, sebelum perintah darurat kesihatan awam ditarik balik.

高蕾