Usaha Atasi Wabak Dipuji Berhasil

2020-04-15 12:49:54  CRI
Share with:

Usaha China dalam perjuangan melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19) bukan sahaja menjamin kesihatan rakyat negara ini, bahkan juga menyumbang kepada keselamatan nyawa warga sedunia.

Demikian ujar Ketua Jabatan Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Revolusioner Rakyat Laos (LPRP), Sounthone Sayachak ketika ditemu ramah wartawan Kumpulan Media China (CMG) akhir-akhir ini.

Mengulas mengenai pencapaian China memerangi wabak, Sounthone berkata, langkah-langkah yang diambil negara itu berteraskan keselamatan nyawa rakyat dan terbukti amat berkesan sehingga berjaya membendung penularan wabak berkenaan. Beliau memuji tindakan China atas kesudiannya berkongsi maklumat dan pengalaman dengan masyarakat antarabangsa serta menghulurkan tangan membantu kepada negara-negara yang memerlukan.

Ditanya tentang isu segelintir politikus Barat melemparkan kata-kata pedas yang menghina China, Sounthone mengatakan kerajaan Laos teguh menyokong tindakan China dalam usaha menewaskan COVID-19, yang pengalamannya boleh dicontohi negara lain.

Tambah beliau, keadaan ekonomi global semakin merudum akibat penularan pandemik ini. Dengan itu, bolehlah dilihat dengan jelas betapa perlu dan mendesaknya pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang diketengahkan Presiden Xi Jinping serta kerjasama lebih mantap di pentas antarabangsa.

高蕾