Sedia Bekalkan Lagi Keperluan Perubatan

2020-04-15 13:44:01  CRI
Share with:

China bersedia membekalkan lagi 100 juta penutup mulut dan hidung, 10 juta sut pelindung serta barangan perubatan lain yang amat diperlukan negara-negara ASEAN baik sebagai bantuan mahupun melalui saluran komersial.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berujar demikian semasa telesidang khas berhubung wabak koronavirus baharu (COVID-19) di bawah mekanisme ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3).

Selain itu, China menyokong ASEAN mendirikan tabung khas bagi mengatasi wabak, dan akan memberi sokongan yang perlu melalui Tabung Kerjasama dan Pelaburan China-ASEAN (CAF) dan tabung kerjasama ASEAN Campur Tiga.

Li dalam telesidang tersebut juga menyarankan pembinaan sebuah pusat simpanan barangan perubatan untuk meningkatkan kecekapan respons dan memperkukuh jaminan dari segi bekalan bahan-bahan.

Beliau turut menyeru semua pihak menyokong peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam usaha melawan wabak COVID-19 di seluruh dunia, sambil bersama-sama melindungi keselamatan kesihatan awam serantau dan sejagat.

高蕾