Pengalaman China, Rujukan Penting

2020-04-16 13:03:04  CRI
Share with:

Pengalaman China membuktikan wabak COVID-19 boleh dicegah dan dikawal, kata Duta Besar Indonesia Djauhari Oratmangun.

Beliau yang berucap sempena ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik kedua-dua negara menyatakan pengalaman China bukan sahaja memperkukuh keyakinan masyarakat antarabangsa untuk menewaskan wabak ini, tetapi juga dapat menjadi rujukan penting bagi negara-negara lain.

Setelah mencapai kemenangan pada fasa pertama perjuangan mengatasi wabak, China juga berkongsi pengalaman dengan masyarakat antarabangsa menerusi pelbagai saluran. Indonesia telah banyak kali terlibat dalam sidang yang diatur Kementerian Luar China secara atas talian untuk bertukar-tukar pandangan mengenai situasi semasa.

Djauhari berkata, Indonesia juga mengambil langkah yang sesuai dengan keadaan sendiri di bawah pimpinan Presiden Joko Widodo.

Selepas situasi pulih normal, China diharap dapat terus memainkan peranannya selaku salah satu peneraju ekonomi global dan bergabung tenaga dengan negara-negara lain bagi menggalakkan pemulihan ekonomi serantau dan sejagat secepat mungkin.

高蕾