Kambinghitamkan Negara Lain, Politikus AS Makin Berdosa

2020-04-18 16:13:58  CRI
Share with:

Pada 15 April waktu tempatan, pemimpin Amerika Syarikt(AS) ketika menjawab soalan media tentang sama ada COVID-19 berpunca dari makmal Wuhan berkata, banyak berita tentang itu sudah diketahui dan pihaknya berjanji akan menjalankan tinjauan yang teliti terhadap itu. Kemudian, Setiausaha Negara, Mike Pompeo ketika ditemu bual wartawan sekali lagi mereka-reka virus itu ‘berpunca dari Wuhan’ dan mengancam ‘kerajaan China perlu memberikan penjelasan’.

Kenyataan tersebut dibuat hanya sehari selepas Pompeo berhubung dengan pegawai kanan China yang bertanggungjawab urusan hal ehwal luar melalui telefon. Dalam perbincangan melalui telefon itu, Pompeo menyatakan wabak merupakan cabaran bersama bagi masyarakat antarabangsa, dan AS bersedia bersama-sama dengan China melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan kerjasama dua hala di samping memelihara komunikasi dan penyelarasan dalam mengembangkan hubungan bilateral. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, politikus AS turut mengalihkan tumpuan daripada melawan wabak dengan kerjasama kepada tuduhan dan serangan sepihak. Cepatlah wajah pegawai peringkat tinggi AS yang tidak menepati janji dan tidak boleh dipercayai terdedah kepada dunia luar.

Mencari asal usul virus adalah soalan ilmiah yang perlu mendengar pendapat yang saintifik dan profesional, dan bukanlah hanya mengikut percakapan sesuka hati beberapa politikus. Petugas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan dengan berulang kali bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan COVID-19 diciptakan dari makmal. Ramai pakar perubatan antarabangsa yang terkenal menunjukkan bahawa apa yang disebut ‘kebocoran makmal’ tiada asas saintifik.

Namun, politikus AS tetap menggembar-gemburkan anggapan yang salah untuk memburuk-burukkan nama China tanpa mempedulikan suara dan pandangan tersebut. Ini menggambarkan sikap mereka yang sombong, prasangka dan jahil, malah mendedahkan niat mereka yang hanya mahu mempolitikkan isu wabak.

Tugas mendesak sesetengah politikus AS sekarang ini adalah untuk memenuhi keperluan pilihan raya politik. Maka, mereka berusaha membebaskan diri daripada keadan serba salah itu. Wartawan CNN ke Rumah Putih, Jim Acosta dalam sebuah program yang disiarkan pada 14 April lalu menyatakan bahawa pemimpin AS sentiasa mencari cara untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap mereka.

Baik untuk melobi undi mahu pun untuk mendapat sokongan masyarakat, pembuat dasar AS harus memikirkan terlebih dahulu kenapa pihaknya bercuai dalam menjalankan tindakan menangani wabak, dan bukan hanya tahu menipu, menyembunyikannya serta mengambinghitamkan negara lain sahaja. 

高蕾