Esper yang Kurang Seribu Daya Cari Seribu Dalih

2020-04-19 12:35:49  CRI
Share with:

Pada 16 April waktu tempatan, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Mark Esper ketika ditemu bual wartawan mendakwa China telah membuat ‘laporan yang salah’ dan ‘tidak telus’ tentang wabak COVID-19. Anggapan yang salah ini sama dengan perkataan sesetengah politikus negaranya. Tentulah, mengingat status Esper sebagai Setiausaha Pertahanan, "pertunjunkannya" kali ini membuat semakin banyak tumpuan dialihkan kepada penularan wabak dalam  tentera AS.

Pada hari yang sama, tentera laut AS menyatakan bahawa jumlah anak kapal induk Theodore Roosevelt yang terjangkit COVID-19 terus bertambah dengan mencatat 655 kes positif menurut hasil ujian. Sebelum ini, ada seorang telah meninggal dunia ekoran penyakit komplikasi yang dicetuskan COVID-19. Yang lebih serius adalah selain Theodore Roosevelt, kapal induk Ronald Reagan, Carl Vinson dan Nimitz juga telah dilaporkan kes jangkitan. Badan media AS baru-baru ini mengeluarkan sebuah ‘peta jangkitan tentera AS’, yang menunjukkan lebih 150 pangkalan tentara di 41 buah negeri dilaporkan kes jangkitan, antaranya tentera laut berada dalam keadaan yang paling teruk.

Pada hakikatnya, penularan COVID-19 boleh dikawal dan dielakkan daripada berkembang menjadi sebegitu kritikal. Pada 30 Mac lalu, kapten kapal induk Theodore Roosevelt, Brett E. Crozier

pernah menghantar surat permohonan kepada pucuk pimpinan tentera laut supaya anak kapal itu dibenarkan mendarat untuk menerima kuarantin dan ujian. Namun, beliau turut dipecat pada 2 April. Tiga hari kemudian, Esper ketika ditemu bual dengan CNN menyatakan sokongan terhadap keputusan tersebut dan menyebut "cerita dalam surat Crozier tidak benar".

Jelaslah, untuk tujuan politik yang sempit, sesetengah orang AS tidak mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan dengan serta merta, hingga mengakibatkan penyebaran wabak di negara itu sebegitu serius sekali gus membuat ekonominya menjadi "bencana." Berdepan keadaan yang berkacau-bilau ini, segelintir orang tersebut sedang bekerjasama untuk melaksanakan rancangan ‘segenap kerajaan AS untuk mengambinghitamkan negara lain’.

Tindakan menjadikan pihak lain sebagai stigma tidak dapat menutup fakta, dan pengambinghitaman berkenaan juga tidak dapat menghapuskan virus. Dengan adanya Setiausaha Pertahanan yang begitu tidak bertanggungjawab, nyawa dan keselamatan pegawai dan askar tentara AS amat membimbangkan.

高蕾