COVID-19: Kesedaran Rakyat Kemboja Meningkat

2020-04-20 14:28:40  CRI
Share with:

Tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Kemboja sejak beberapa hari lalu. 

Ai Xiang, ketua kumpulan pakar perubatan yang dihantar China untuk membantu memerangi wabak tersebut memaklumkan, pihak berkuasa Kemboja telah mengambil pelbagai tindakan bagi membendung penularan wabak mengikut cadangan pihaknya. 

Dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG), beliau menyatakan kesedaran rakyat Kemboja berhubung kawalan COVID-19 turut meningkat. Melihat kepada situasi sebenar sumber perubatan dalam negeri Kemboja, aspek pencegahan dianggap kunci bagi perjuangan memerangi wabak di negara itu. 

Kumpulan pakar China yang terdiri daripada tujuh anggota, tiba di Phnom Penh pada 23 Mac dengan membawa bekalan bahan-bahan perubatan seberat 8.1 tan. Pasukan itu yang pertama dihantar negara ini ke rantau ASEAN sejak tercetusnya pandemik COVID-19. 

Sewaktu di sana, mereka telah mengunjungi beberapa hospital, komuniti, lapangan terbang, stesen kereta api serta tempat-tempat lain. Fokus misi membabitkan kerja-kerja pemeriksaan, pengesanan dan pengurusan pesakit serta kontak mereka, selain memberi pendedahan maklumat wabak kepada penduduk tempatan. 

Setakat pagi 19 April, sebanyak 122 kes COVID-19 disahkan di Kemboja, dengan 105 daripadanya sudah sembuh. Tiada kes kematian dilaporkan. 

王瑾