Terowong Raksasa Kereta Api China-Laos Siap

2020-04-20 13:41:13  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_terowongraksasa

 

Terowong Jingkuan nombor dua bagi seksyen Yuxi-Mohan landasan kereta api China-Laos siap dibina pagi semalam, satu kemajuan besar sejak projek berkenaan disambung semula.

Terowong yang panjangnya 4.6 kilometer itu terletak di bandar Jinghong, provinsi Yunnan dan mempunyai keratan rentas berukuran 249 meter persegi, sepertiga lebih besar berbanding terowong landasan berkembar biasa. 

Setakat ini, 76% projek seksyen Yuxi-Mohan telah siap, dengan peruntukan berjumlah RMB38.45 bilion (RM23.45 bilion). Difahamkan, keseluruhan seksyen tersebut sepanjang 508 kilometer, direka bentuk untuk kereta api berkelajuan 160 kilometer sejam, dan dijangka akan beroperasi serentak dengan seksyen Boten-Vientaine pada tahun depan.

王瑾