Selamatkan Nyawa Satu-satunya Matlamat

2020-04-20 14:38:25  CRI
Share with:

Setakat tengah malam tadi, jumlah kes COVID-19 di Wuhan telah berkurang kepada 109 dan bilangan pesakit kritikal pula menurun kepada 22. 

Menurut statistik Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, 70% daripada 2,500 pesakit COVID-19 yang berusia 80 tahun ke atas di Wuhan sudah sembuh seluruhnya, termasuk tujuh yang berumur lebih 100 tahun. 

Sudah diketahui, warga emas merupakan golongan yang paling sukar dirawat. Kadar sembuh yang begitu tinggi dalam kalangan kelompok tersebut memperlihatkan betapa nyawa manusia diutamakan dalam perjuangan mencegah dan mengawal wabak di China. 

Pada masa-masa krisis, hanya satu sahaja perkara yang menjadi sasaran iaitu menyelamatkan nyawa sebanyak mungkin. Untuk itu, kerajaan China memberikan perhatian kepada golongan lemah khususnya warga emas, penghidap penyakit kronik serta orang miskin. Sehingga 6 April, kos rawatan purata bagi setiap pesakit COVID-19 di China mencatat RMB21,500 (RM12,600), sementara bagi pesakit parah RMB150 ribu (RM88 ribu) bahkan hingga berjuta yuan. Kesemua kos ini ditanggung oleh kerajaan. 

Amerika Syarikat (AS), negara maju paling besar di dunia pula sedang teruk bergelut dengan jumlah kes dan angka kematian COVID-19 yang paling tinggi di dunia. Wabak itu turut menjadikan masalah diskriminasi kaum dan ketidakadilan sosial yang telah lama wujud di negara tersebut lebih ketara. 

Misalnya, terdapat 29 juta orang di AS yang tidak mempunyai insurans perubatan. Jika dijangkiti COVID-19, mereka ini terpaksa membayar sendiri USD35 ribu (RM153 ribu) untuk rawatan selama tujuh hari. Statistik lebih suram bagi orang bukan kulit putih di negara itu. Di bandar raya Chicago, lebih separuh kes jangkitan dan 70% kematian akibat COVID-19 membabitkan orang kulit hitam.

Sejak hujung Februari, sekurang-kurangnya 7,000 penghuni rumah jagaan warga emas telah terkorban selepas menjadi mangsa COVID-19. Bilangan tersebut lebih satu perlima daripada jumlah keseluruhannya di AS. 

Penganalisis beranggapan, bencana kemanusiaan ini berpunca daripada kesilapan Washington dalam membuat keputusan. Lojik yang hanya mendahulukan modal, mengakibatkan keselamatan nyawa rakyat terabai. 

王瑾