Pakar China Selesai Misi di Filipina

2020-04-20 12:42:46  CRI
Share with:

Pasukan perubatan China pulang ke Beijing semalam selepas menyelesaikan misi mereka untuk membantu Filipina dalam perjuangan melawan wabak COVID-19 selama dua minggu.

Menteri Luar Filipina, Teodoro Lochen mengucapkan terima kasih atas kesungguhan kumpulan pakar tersebut, yang telah bekerja bertungkus lumus dan turut berkongsi banyak pengalaman yang amat berharga. Inisiatif yang diambil kerajaan China dengan menghantar pakar ke Filipina memperlihatkan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara.

Kerjasama dua hala dipercayai akan terus dijalankan untuk bahu membahu membendung wabak.

Pasukan pakar perubatan China tiba di Filipina pada 5 April dengan membawa bahan bantuan melawan wabak. Mereka terdiri daripada 12 pakar termasuk dari unit pernafasan, penyakit kritikal, perubatan tradisional China serta kawalan penyakit berjangkit.

Duta Besar China di Filipina, Huang Xilian turut mengucapkan selamat jalan kepada pasukan China itu di lapangan terbang.

王瑾