China, Malaysia Kongsi Pengalaman Lawan COVID-19

2020-04-21 11:40:02  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_zhongmajiaoliu

 

Pakar-pakar perubatan dari China telah berkongsi pengalaman berhubung pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 dengan pegawai kesihatan Malaysia semasa sesi interaksi di Putrajaya semalam. 

Pada hari yang sama, kumpulan pakar tersebut turut mengadakan telesidang dengan doktor dan sarjana dari 26 hospital dan institusi perubatan tempatan bagi menjawab pertanyaan mereka terutamanya dari sudut epidemiologi dan pengurusan pesakit COVID-19. 

Pada 18 April, kumpulan pakar China yang seramai lapan anggota tiba di Malaysia. Mereka ini berpengkhususan dalam bidang pernafasan, penyakit kritikal, psikiatri, penyakit berjangkit, kajian data, virus dan perubatan tradisional China. 

王瑾