Kes Baharu COVID-19 di Thailand Menurun

2020-04-23 13:21:41  CRI
Share with:

Menurut Kementerian Kesihatan Thailand, sebanyak 15 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara itu semalam. Angka ini telah menurun selama empat hari berturut-turut. 

Setakat semalam, sejumlah 2,826 kes positif COVID-19 telah dikesan di negara tersebut, dengan 49 kematian. 

Difahamkan, kerajaan Thailand telah meluluskan pelanjutan automatik bagi visa warga asing yang berada di negara itu hingga 31 Julai. Ini kali kedua pihak berkuasa memanjangkan tempoh visa bagi warga asing, selepas pelanjutan kali pertama hingga 30 April yang diluluskan sebelum ini.

王瑾