Membaca Dalam Talian, Amalan Baharu Pembaca China

2020-04-23 13:47:51  CRI
Share with:

Perpustakaan Tibet dibuka semula kelmarin, selepas ditutup sementara waktu akibat pandemik COVID-19. Pembukaan semula perpustakaan tersebut bertepatan dengan sambutan Hari Buku Sedunia ke-25 yang jatuhnya pada hari ini. 

Perpustakaan Tibet menyimpan lebih 400,000 naskhah buku termasuk lebih 15,000 dokumen dalam tulisan Tibet, dan pada waktu-waktu biasa menerima kedatangan lebih 120,000 pengunjung setiap tahun. Selepas tercetusnya wabak COVID-19, Perpustakaan Tibet menawarkan perkhidmatan secara dalam talian untuk memastikan para pembaca khususnya para pelajar terus mendapat akses kepada bahan ilmiah. Pengguna perkhidmatan ini juga boleh mengimbas kod QR untuk mengikuti bahan audio dan video tentang warisan budaya bukan benda dan tarian rakyat. 

Sempena Hari Buku Sedunia, komuniti perumahan Jalan Zhongya Selatan di bandar Urumqi, wilayah Xinjiang pula melancarkan aktiviti membaca buku melalui platform awan, supaya penduduk tempatan boleh mengisi masa lapang dengan bahan bacaan tanpa perlu meninggalkan rumah sendiri. Aplikasi berkenaan menyediakan lebih 12,000 judul buku audio dan 1,000 program video, serta kursus percuma dalam talian.

王瑾