Ikatan China, Afrika Takkan Goyah

2020-04-23 14:14:50  CRI
Share with:

Ikatan persahabatan antara China dengan Afrika telah bertahan sejak sekian lama, dan tidak akan goyah ekoran provokasi yang sengaja dilakukan sesetengah pihak.

Kebelakangan ini, timbul khabar angin bahawa warga Afrika didiskriminasikan di Guangzhou. Pejabat Konsul AS di bandar tersebut juga mendakwa warganegaranya yang berkulit hitam mengalami diskriminasi.

Padahal, langkah yang diambil China untuk membendung wabak sentiasa menitikberatkan kesihatan warga sendiri dan pemastautin asing secara sama rata, tanpa diskriminasi.

Guangzhou, salah satu tempat yang berdepan tekanan paling besar untuk mencegah kemasukan semula virus COVID-19 dari luar negara, baru-baru ini melaksanakan saringan dan pemeriksaan ketat terhadap semua individu dan penerbangan yang berisiko tinggi.

Daripada 15,000 orang yang dikuarantin, kira-kira 4,600 ialah warga asing yang berasal dari 13 negara termasuk negara-negara Afrika, Rusia, AS dan Australia. Melihatkan angka ini, tiada asasnya untuk mendakwa China “menyasarkan perantau dari Afrika”.

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat ketika menghubungi Menteri Luar China, Wang Yi menerusi telefon menegaskan komitmen untuk menjaga persahabatan Afrika-China daripada sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada situasi semasa untuk meruntuhkan ikatan tersebut.

China telah menghantar sejumlah besar bahan-bahan kegunaan melawan wabak kepada AU dan negara-negara Afrika, selain menjaga kakitangan warga Afrika di China dengan sebaik-baiknya.

Pasukan perubatan dan rawatan yang dihantar kerajaan China juga telah tiba di Afrika untuk berkongsi pengalaman dalam perjuangan membendung wabak.

China dan Afrika yang bergotong-royong dan bahu-membahu menghadapi perjuangan wabak COVID-19 kali ini memperlihatkan sepenuhnya ikatan persahabatan dua hala yang tahan ujian sejarah dan masa.

王瑾