Pelaburan Mega AS, Tanda Keyakinan Terhadap China

2020-04-24 14:44:51  CRI
Share with:

Projek loji etilena ExxonMobil di bandar Huizhou, provinsi Guangdong dilancarkan secara rasmi menerusi majlis secara dalam talian yang turut melibatkan pihak-pihak di Beijing serta bandar Dallas, Amerika Syarikat (AS). 

Upacara pecah tanah projek mega membabitkan pelaburan berjumlah USD10 bilion itu menyusuli prosedur persiapan dan kelulusan yang memakan masa hanya 18 bulan. Harga minyah mentah di parasan antarabangsa susut berikut keadaan naik turun agak besar.

ExxonMobil memilih masa ini untuk melabur di China dalam jangka panjang menunjukkan keyakinan dan optimis terhadap China. Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia akhir-akhir ini telah menimbulkan ketidakseimbangan ketara antara bekalan dengan permintaan produk minyak, yang mengakibatkan berlakunya turun naik harga di pasaran antarabangsa. Pelaburan ExxonMobil yang jumlah begitu besar, memperlihatkan keyakinan teguh gergasi petrokimia bertaraf dunia itu terhadap China. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ExxonMobil, Darren Woods menyatakan selain prasarana dan rantai industri yang lengkap, iklim perniagaan yang semakin optimum serta undang-undang dan peraturan baharu yang diperkenalkan terus memperkukuh daya saing China. Dalam tiga bulan ini, China telah membendung wabak COVID-19 melalui tindakan bersepadu pihak berkuasa serta perpaduan 1.4 bilion rakyat. Negara yang bergelar “kilang dunia” ini telah menunjukkan ketahanan yang kuat dari segi ekonominya, faktor yang mengundang keyakinan lebih kukuh daripada pelabur asing. 

Difahamkan, lebih 70% perusahaan AS di China yang ditinjau telah menyatakan mereka tidak merancang untuk mengalih talian pengeluaran, bekalan atau pemerolehan ekoran wabak. 

Penganalisis di JPMorgan meramalkan, China akan terlebih dahulu melepaskan diri daripada kelembapan ekonomi akibat wabak. China mempunyai sistem perindustrian dan prasarana yang lengkap, serta kaya dengan sumber tenaga kerja dan profesional. Kelebihan ini tidak akan berubah meskipun terkena impak jangka pendek daripada wabak COVID-19. 

王瑾