Basmi Kemiskinan demi Masyarakat Kaya

2020-04-24 12:47:46  CRI
Share with:

Ketika membuat tinjauan di Shaanxi baru-baru ini, Presiden Xi Jinping menegaskan bahawa pihak-pihak terlibat perlu memastikan perjuangan membasmi kemiskinan mencapai sasaran yang ditetapkan, demi mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh.

Xi menekankan jaminan dalam enam aspek yang patut diberi keutamaan, iaitu peluang pekerjaan penduduk, kesejahteraan asas, entiti utama pasaran, keselamatan bahan makanan dan sumber tenaga, kestabilan rantai industri dan bekalan, serta kegiatan pengoperasian di peringkat akar umbi.

Di samping itu, kestabilan dalam enam aspek juga perlu dipertingkatkan iaitu pekerjaan, kewangan, perdagangan luar, modal asing, pelaburan dan jangkaan.

Sewaktu di Shaanxi, Xi memberi perhatian yang tinggi kepada usaha membasmi kemiskinan melalui pembangunan industri. Industri penanaman fungus dan daun teh telah memperbanyak peluang pekerjaan kepada kaum tani tempatan.

Konsep pembangunan baharu yang memanfaatkan teknologi siaran langsung saluran e-dagang telah menjadikan pasaran dan rantai industri saling bersambung dengan lebih pantas.

王瑾