Telesidang Pakar, Pelajar China di Malaysia

2020-04-24 11:16:17  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_微信图片_20200424111424

 

Kumpulan pakar perubatan yang dihantar China ke Malaysia telah mengadakan sesi interaksi secara telesidang dengan para pelajar yang melanjutkan pengajian di negara itu.

Sejak tiba di Kuala Lumpur pada 18 April, kumpulan pakar perubatan itu telah mengadakan pertukaran secara kerap dan intensif dengan pegawai kesihatan dan kakitangan perubatan Malaysia.

Di bawah penyelarasan Kedutaan Besar China, kumpulan tersebut meluangkan masa untuk menjelaskan maklumat tentang wabak COVID-19 serta langkah-langkah pencegahan kepada pelajar China melalui Internet.

 

图片默认标题_fororder_微信图片_20200424111432

 

Duta Besar China, Bai Tian menyatakan aktiviti itu diatur bagi membolehkan para pelajar lebih memahami wabak berkenaan agar dapat menjaga kesihatan diri dengan lebih baik.

Dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, penularan wabak di Malaysia sudah semakin perlahan. Para pelajar bagaimanapun dinasihati supaya terus berwaspada.

王瑾