Sasaran Basmi Kemiskinan Mampu Dicapai

2020-04-24 14:25:15  CRI
Share with:

China yakin mampu mencapai sasaran untuk membasmi seluruhnya kemiskinan mutlak menjelang hujung tahun ini dan merealisasikan masyarakat kaya secara menyeluruh. 

Pada 20 dan 21 April, Presiden Xi Jinping telah meninjau ke dua kaunti di kawasan pergunungan Qinba, provinsi Shaanxi yang merupakan salah satu kawasan miskin tegar di China. Di sana, beliau melihat industri penanaman fungus dan teh, serta mengunjungi komuniti perumahan, hospital dan sekolah rendah untuk mengetahui perkembangan usaha membasmi kemiskinan. Fokusnya adalah untuk memastikan penduduk miskin mendapat makan pakai yang mencukupi sementara pendidikan wajib, perubatan asas dan perumahan terjamin. 

Penularan wabak COVID-19 yang telah membawa impak kepada kerja-kerja membasmi kemiskinan, turut memberi tempias kepada situasi pekerjaan golongan miskin.

Sewaktu di Shaanxi, Presiden Xi menekankan semula enam aspek yang patut diberi jaminan, sebagaimana diusulkan pada mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti yang diadakan tiga hari sebelumnya. Dua daripada jaminan tersebut menitikberatkan pekerjaan dan kesejahteraan penduduk.Sama ada China dapat mencapai matlamat membasmi kemiskinan menjelang hujung tahun ini atau tidak, suatu perkara signifikan yang juga menandakan matlamat tersebut dicapai 10 tahun lebih awal daripada sasaran Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Pengerusi Yayasan Kuhn Amerika Syarikat, Robert Lawrence Kuhn berpendapat, ahli sejarah selepas ini akan merekodkan usaha China membasmi kemiskinan sebagai penyumbang terbesar kepada perjuangan untuk menambah baik kesejahteraan umat manusia. 

王瑾