Pekerja China Pulihkan Kerja di Brunei

2020-04-25 13:25:32  CRI
Share with:

Tindakan Brunei membawa pulang pekerja dari China untuk menyambungkan semula pekerjaan di negara itu, memaparkan hasrat bersama China dan Brunei untuk berganding tangan dalam melawan wabak COVID-19 serta meningkatkan kerjasama. Ini kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara.

Demikian kenyataan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar di Beijing semalam. Syarikat Penerbangan Diraja Brunei telah menghantar pesawat khas untuk membawa pekerja warga China untuk pulang bekerja di negara itu baru-baru ini.

Beliau berkata, China sedang berusaha untuk mempergiat pemulihan pengoperasian syarikat dan sektor secara menyeluruh di samping mencegah penularan wabak. Selain itu, usaha juga diberi untuk membantu projek-projek China di seberang laut untuk memulihkan pengoperasian yang normal. Projek Petrokimia Heng Yi di Brunei merupakan projek penting dalam Inisiatif Jalur & Laluan (BRI). Kedua-dua pihak bersama-sama mengaturkan pekerja China pulang ke Brunei, memaparkan keinginan proaktif bersama untuk memperkasakan kerjasama demi melawan wabak, dan menggalakkan pembangunan sosial ekonomi.
Katanya, China bersedia berusaha bersama dengan masyarakat antarabangsa untuk membendung wabak, berusaha sedaya upaya untuk memelihara rantai industri dan rantai bekalan global, supaya meminimumkan impak wabak terhadap ekonomi dunia.

曹捷