Salahkan China, Tipu Muslihat AS

2020-04-25 12:26:22  CRI
Share with:

Berikutan situasi wabak COVID-19 yang makin meruncing di Amerika Syarikat (AS), segelintir orang di negara itu yang mahu “menuntut pampasan” kepada China agar mengambinghitamkan China. Tuntutan mereka itu sama sekali tidak berasas dan tipu muslihat sahaja.

Sejak tercetusnya pandemik kali ini, segelintir politikus AS mengetepikan keselamatan nyawa rakyat, sebaliknya memfokuskan kepentingan politik dan menyalahkan orang lain. Tindakan mereka itu mengakibatkan COVID-19 merebak ke serata negara dan membawa malapetaka yang amat serius. Politikus itulah yang harus menjadi tertuduh dan menghadapi pengadilan oleh rakyat AS dan dunia.

Tuntutan mereka tidak mempunyai asas dari segi perundangan dan fakta, malah membelakangi norma antarabangsa.

Pada ketika ini, jumlah kes jangkitan di AS telah mencecah lebih 860,000. Politikus AS masih menumpukan perhatian dalam menyalahkan orang lain, ternyata meletakkan rakyat negara itu ke dalam risiko yang lebih tinggi. Pemimpin AS haruslah mendengar nasihat daripada juruacara terkenal Britain, Piers Morgan bahawa “janganlah lagi buat muslihat politik” dan “tumpukan tenaga untuk menyelamatkan nyawa rakyat AS”.

曹捷